KOTA BHARU, 23 JUN: Seorang pemborong hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 116 pertuduhan gagal mengemukakan maklumat berkaitan dokumen pembelian diesel bernilai lebih RM10 juta untuk tujuan eksport dan tidak menyelenggara buku stok bahan bakar itu.